Tuesday, September 11, 2012

My First View of UI

Minggu pertama di UI. Hari Isnin, 10 September saya mendaftar sebagai mahasiswa UI. Hanya mengambil cap jari untuk kad matrik pelajar (di sini dinamakan ‘Kartu Tanda Mahasiswa’; KTM). Selepas pendaftaran, saya membeli belah di Margo City Mall. Sewaktu masuk ke dalam MGM tersebut, fikiran saya terbayang dengan struktur konsep Mid Valley. Di MGM juga terdapat Giant Supermarket, dan di sana saya membeli barang-barang keperluan yang hampir mencecah RM230.

Sekembalinya dari MGM, saya menuju ke rumah sewa saya, tak jauh dari fakulti. Walaupun dikatakan ‘tak jauh’, tetapi kalau diterjemahkan dalam bahasa kereta atau trak, ianya menjadi ‘jauh sehingga 30 minit perjalanan’, kerana ianya memalui daerah yang berbeza dengan fakulti saya. Mungkin boleh disamakan dengan Kolej Aminudin Baki dan Hutan Pendidikan Alam kalau tiada jalan pintas untuk kereta. Malam Selasa itu saya mula bermalam di rumah sewa itu. Bilik saya berkeluasan dua kali lebih daripada bilik lama di Kolej Keris Mas.

Selasa 11 September, saya akan mendaftar subjek di fakulti, tetapi saya diharuskan dating ke bangunan rektorat UI. Konsep bangunan itu adalah sama dengan bangunan Canselori di UKM (dan juga memandangkan Rektor dan Canselor adalah jawatan paling tinggi di UI dan UKM), memiliki pejabat-pejabat. Jadual kelas saya ialah setiap hari Selasa pukul 11 pagi dan 4.30 petang, Rabu 2 dan 5 petang dan Jumaat 9 pagi. Semuanya untuk 5 subjek, 1 subjek ada 3 jam kredit (di sini jam kredit dinamakan SKS), berbeza dengan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM; memiliki 4 jam kredit, dan masa mengajar untuk satu kelas ialah 2 jam 30 minit! Itu je yang (rasanya) tak sanggup berlama-lama!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.