Sunday, September 16, 2012

Activities During No Lectures

Assalamualaikum semuanya. Seperti entry sebelum ini, hanya hari Isnin dan Khamis saya tiada kuliah. Jadi apa aktiviti yang saya lakukan untuk mengisi kebosanan tiada kuliah?

Pagi Khamis, saya bangun pagi (sudah semestinya selepas solat Subuh), dan macam biasa saya mandi sebelum azan Zohor. Aktiviti pertama saya ialah tengok movie! Yeah dah lama tak ada kesempatan untuk tengok Ombak Rindu (sila muntah~), baru akhirnya kesampaian di tanah Jakarta. Selepas itu, saya kena mengemas bilik dan juga bilik air; memberus lantai, mencuci perkakas di bilik air, menyapu bilik dan sebagainya. Rupanya seperti ini hidup membujang (maksudnya, hidup bersendirian tanpa roommate la...).

Selepas solat Zohor (dan tentunya mandi), saya berinisiatif untuk keluar jalan-jalan sendirian ke luar kampus. Destinasinya; kedai buku Gramedia dan Margo City Mall. Sebagaimana maklum, saya seorang kaki buku yang rajin membeli buku namun jarang membacanya. Perangai papa saya yang saya salin rupanya. Di kedai buku itu, saya menghabiskan RM50 untuk 1 novel, 1 peta Jakarta dan 1 majalah bola. Belum lagi aktiviti membeli belah di MGM; beli roti dan roti dan roti. Tidak lupa pula saya sempat membeli broadband serta service BlackBerry lama saya (sayangnya selepas kena service pun masih rosak).

Dekat sini, makanan utama saya ialah roti. Semuanya kerana makcik Ayu yang mengambil master di sini juga; dia selalu mengajak saya untuk membeli roti. Sebab itu sekarang saya suka makan roti waktu breakfast dan dinner. Lunch je saya makan nasi 2 pinggan (atau tak lunch 1 pinggan, dinner 1 pinggan dengan roti).

Untuk hari Isnin, aktiviti membeli belah saya terpaksa mengurangkan. Hanya berkurung di rumah dan  beronline ria. Buku yang dah dibeli tak sempat dibaca, assignment yang ada pun masih belum disentuh. Semuanya terabai hanya kerana lampu di bilik yang agak malap (alasan!) dan cuaca di sini yang agak kering dan panas (alasan lagi!).

Yang pastinya, duit lebih banyak habis untuk buku berbanding makanan, seperti di UKM. Jadi, jangan katakan atau bayangkan saya akan menjadi semakin gemuk ye, haha.

Wassalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.