Tuesday, September 18, 2012

Students, Lecturers and Staff Here

Assalamualaikum semua. Minggu ini adalah minggu kedua saya di sini, makin banyak juga perkongsian yang saya dapat untuk diceritakan di sini. Oh ya, kelas Analisis Struktur telah saya tukar kepada Pavement Design (tak tahu pula apa bahasa Melayu atau Indonesianya) atas sebab-sebab tertentu. Nanti akan saya ceritakan. Minggu kedua perkuliahan di sini, saya semakin seronok dengan keadaan di sini. Mahasiswa, pensyarah, staff, senior dan junior; seolah tiada jurang yang ketara di antara mereka. Selasa lepas saya datang awal ke fakulti untuk ikut serta mendengar perbincangan tesis mengenai hidrologi. Maklum, kelas hidrologi atau hidraulik yang saya ikut di sini ialah untuk pelajar tahun akhir, jadi tak salah kalau saya belajar awal mengenai tesis. Dari sana, saya dapat melihat keakraban sesama mahasiswa dan pensyarahnya, bersenda gurau. Begitu juga dengan staff teknikal dan lab assistant juga. Situasi yang tak pernah saya lihat selama 2 tahun di UKM. Mungkin ada, tapi bukan dalam kos saya. Mungkin. Bukan hanya dalam kelas, di luar kelas seperti di kafe (di sini dinamakan kantin) juga. Mahasiswa boleh makan semeja dengan pensyarah. Dan juga junior boleh makan dan duduk semeja dengan senior. Oh ya, untuk senior-junior ini, saya ada pengalaman unik minggu ini. Pengalaman yang tak pernah saya – dan mungkin juga pelajar lain di FKAB UKM – alami. Tapi akan saya ceritakan di topik lain. Wassalamualaikum semua

Sunday, September 16, 2012

Activities During No Lectures

Assalamualaikum semuanya. Seperti entry sebelum ini, hanya hari Isnin dan Khamis saya tiada kuliah. Jadi apa aktiviti yang saya lakukan untuk mengisi kebosanan tiada kuliah?

Pagi Khamis, saya bangun pagi (sudah semestinya selepas solat Subuh), dan macam biasa saya mandi sebelum azan Zohor. Aktiviti pertama saya ialah tengok movie! Yeah dah lama tak ada kesempatan untuk tengok Ombak Rindu (sila muntah~), baru akhirnya kesampaian di tanah Jakarta. Selepas itu, saya kena mengemas bilik dan juga bilik air; memberus lantai, mencuci perkakas di bilik air, menyapu bilik dan sebagainya. Rupanya seperti ini hidup membujang (maksudnya, hidup bersendirian tanpa roommate la...).

Selepas solat Zohor (dan tentunya mandi), saya berinisiatif untuk keluar jalan-jalan sendirian ke luar kampus. Destinasinya; kedai buku Gramedia dan Margo City Mall. Sebagaimana maklum, saya seorang kaki buku yang rajin membeli buku namun jarang membacanya. Perangai papa saya yang saya salin rupanya. Di kedai buku itu, saya menghabiskan RM50 untuk 1 novel, 1 peta Jakarta dan 1 majalah bola. Belum lagi aktiviti membeli belah di MGM; beli roti dan roti dan roti. Tidak lupa pula saya sempat membeli broadband serta service BlackBerry lama saya (sayangnya selepas kena service pun masih rosak).

Dekat sini, makanan utama saya ialah roti. Semuanya kerana makcik Ayu yang mengambil master di sini juga; dia selalu mengajak saya untuk membeli roti. Sebab itu sekarang saya suka makan roti waktu breakfast dan dinner. Lunch je saya makan nasi 2 pinggan (atau tak lunch 1 pinggan, dinner 1 pinggan dengan roti).

Untuk hari Isnin, aktiviti membeli belah saya terpaksa mengurangkan. Hanya berkurung di rumah dan  beronline ria. Buku yang dah dibeli tak sempat dibaca, assignment yang ada pun masih belum disentuh. Semuanya terabai hanya kerana lampu di bilik yang agak malap (alasan!) dan cuaca di sini yang agak kering dan panas (alasan lagi!).

Yang pastinya, duit lebih banyak habis untuk buku berbanding makanan, seperti di UKM. Jadi, jangan katakan atau bayangkan saya akan menjadi semakin gemuk ye, haha.

Wassalamualaikum.

Tuesday, September 11, 2012

My First View of UI

Minggu pertama di UI. Hari Isnin, 10 September saya mendaftar sebagai mahasiswa UI. Hanya mengambil cap jari untuk kad matrik pelajar (di sini dinamakan ‘Kartu Tanda Mahasiswa’; KTM). Selepas pendaftaran, saya membeli belah di Margo City Mall. Sewaktu masuk ke dalam MGM tersebut, fikiran saya terbayang dengan struktur konsep Mid Valley. Di MGM juga terdapat Giant Supermarket, dan di sana saya membeli barang-barang keperluan yang hampir mencecah RM230.

Sekembalinya dari MGM, saya menuju ke rumah sewa saya, tak jauh dari fakulti. Walaupun dikatakan ‘tak jauh’, tetapi kalau diterjemahkan dalam bahasa kereta atau trak, ianya menjadi ‘jauh sehingga 30 minit perjalanan’, kerana ianya memalui daerah yang berbeza dengan fakulti saya. Mungkin boleh disamakan dengan Kolej Aminudin Baki dan Hutan Pendidikan Alam kalau tiada jalan pintas untuk kereta. Malam Selasa itu saya mula bermalam di rumah sewa itu. Bilik saya berkeluasan dua kali lebih daripada bilik lama di Kolej Keris Mas.

Selasa 11 September, saya akan mendaftar subjek di fakulti, tetapi saya diharuskan dating ke bangunan rektorat UI. Konsep bangunan itu adalah sama dengan bangunan Canselori di UKM (dan juga memandangkan Rektor dan Canselor adalah jawatan paling tinggi di UI dan UKM), memiliki pejabat-pejabat. Jadual kelas saya ialah setiap hari Selasa pukul 11 pagi dan 4.30 petang, Rabu 2 dan 5 petang dan Jumaat 9 pagi. Semuanya untuk 5 subjek, 1 subjek ada 3 jam kredit (di sini jam kredit dinamakan SKS), berbeza dengan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM; memiliki 4 jam kredit, dan masa mengajar untuk satu kelas ialah 2 jam 30 minit! Itu je yang (rasanya) tak sanggup berlama-lama!

Friday, September 7, 2012

Beginning

Assalamualaikum.

Ini update rasmi saya untuk blog ‘From Kuala Lumpur To Jakarta’. Sesuai janji saya kepada diri ini, sekiranya saya berjaya diterima di Universitas Indonesia, maka saya akan kembali aktif menulis di blog. Ya, kali terakhir saya menulis di blog semasa akhir tahun lepas, sebelum final exam semester 1 tahun 2 di UKM.

Gementar? Ya. Gembira? Ya. Excited? Ya. Terkilan? Ya.

Semuanya bercampur baur hanya dalam masa 12 jam sebelum saya berlepas dari LCCT. Bayangkan, saya bangun tidur pukul 5 pagi dan keluar dari rumah pukul 5.30 pagi, hanya untuk mengejar check-in baggage pukul 6 pagi! Bukannya dekat jarak di antara Sungai Besi dan Sepang, hampir 45 minit. Namun syukurlah, kawan papa saya sedia memecut sehingga saya sampai tepat pada masanya. Thanks abang Shafique dan kak Siti!

Flight saya; AirAsia AK 1380 dijadual berlepas pukul 7 pagi. Selepas saya check-in baggage, masuk ke imigresen, akhirnya saya lega lepas dari pemeriksaan tadi. Saya mencari surau sementara menunggu panggilan penerbangan untuk menunaikan solat Subuh. Sempat juga saya cuba menelefon adik saya, Faliq untuk memberitahu penerbangan saya akan bermula, sayangnya dia tak angkat telefonnya. Silent lagi kot. Oh ya, tak lupa adik junior saya di matriks, Eyqa menelefon saya mengucapkan selamat jalan.

Perjalanan dari LCCT ke Terminal 3, Cengkareng, Jakarta memakan masa selama 2 jam. Saya duduk di tempat duduk 23E, ditemani seorang lelaki warga Tajikistan atau Uzbekistan. Dan saya juga bersama dengan seseorang pelakon muda di dalam penerbangan yang sama. Mungkin dah jodoh saya untuk dapat bergambar dan berjumpa dengan artis muda! Hehehe…

9 pagi, dengan rasminya kaki ini bertapak di bumi Jakarta. Maka bermulalah pengembaraan saya di sini selama satu semester

Thursday, September 6, 2012

Introduction

Testing 1 2 3.....

Dah lama saya tak bermain kata di dalam blog. kali terakhir pun pada 9 bulan lalu. Rasanya, ya.

Okay secara ringkasnya, blog ini menceritakan pengalaman saya berada di Jakarta, terutamanya di Universitas Indonesia. Lebih terperincinya lagi, di Fakultas Teknik (bahasa kitanya, Fakulti Kejuruteraan).

Selamat membaca!