Friday, September 7, 2012

Beginning

Assalamualaikum.

Ini update rasmi saya untuk blog ‘From Kuala Lumpur To Jakarta’. Sesuai janji saya kepada diri ini, sekiranya saya berjaya diterima di Universitas Indonesia, maka saya akan kembali aktif menulis di blog. Ya, kali terakhir saya menulis di blog semasa akhir tahun lepas, sebelum final exam semester 1 tahun 2 di UKM.

Gementar? Ya. Gembira? Ya. Excited? Ya. Terkilan? Ya.

Semuanya bercampur baur hanya dalam masa 12 jam sebelum saya berlepas dari LCCT. Bayangkan, saya bangun tidur pukul 5 pagi dan keluar dari rumah pukul 5.30 pagi, hanya untuk mengejar check-in baggage pukul 6 pagi! Bukannya dekat jarak di antara Sungai Besi dan Sepang, hampir 45 minit. Namun syukurlah, kawan papa saya sedia memecut sehingga saya sampai tepat pada masanya. Thanks abang Shafique dan kak Siti!

Flight saya; AirAsia AK 1380 dijadual berlepas pukul 7 pagi. Selepas saya check-in baggage, masuk ke imigresen, akhirnya saya lega lepas dari pemeriksaan tadi. Saya mencari surau sementara menunggu panggilan penerbangan untuk menunaikan solat Subuh. Sempat juga saya cuba menelefon adik saya, Faliq untuk memberitahu penerbangan saya akan bermula, sayangnya dia tak angkat telefonnya. Silent lagi kot. Oh ya, tak lupa adik junior saya di matriks, Eyqa menelefon saya mengucapkan selamat jalan.

Perjalanan dari LCCT ke Terminal 3, Cengkareng, Jakarta memakan masa selama 2 jam. Saya duduk di tempat duduk 23E, ditemani seorang lelaki warga Tajikistan atau Uzbekistan. Dan saya juga bersama dengan seseorang pelakon muda di dalam penerbangan yang sama. Mungkin dah jodoh saya untuk dapat bergambar dan berjumpa dengan artis muda! Hehehe…

9 pagi, dengan rasminya kaki ini bertapak di bumi Jakarta. Maka bermulalah pengembaraan saya di sini selama satu semester

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.